PENGENALAN

Bekam Inovatif di asaskan di bawah pengurusan Pusat Bekam Ipoh dan mula beroperasi sejak tahun 2000 di Ipoh, Perak. Ia merupakan satu kaedah mengeluarkan darah kotor dimana toksik atau racun didalam darah dikeluarkam melaui berbekam. Kaedah moden yang selamat, tiada kesan sampingan, tiada kesan luka, tidak berparut, hampir tiada kesakitan dan sangat berkesan.

SEJARAH BEKAM

Bekam (Al-Hijamah) sudah dikenali sejak zaman kerajaan Sumeria lagi, kemudian ianya berkembang sampai ke Babylon, Mesir, Saba, dan Parsi. Pada zaman Rasulullah, baginda menggunakan kaca berupa cawan atau mangkuk yang tinggi. Pada zaman China kuno, mereka menyebut bekam sebagai “Rawatan Tanduk” kerana tanduk menggantikan kaca. Pada kurun ke-18, orang-orang Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam. Kini kaedah berbekam telah dimodifikasi dengan sempurna menggunakan alat-alat yang moden dan praktikal yang dikenali sebagai Bekam Inovatif.

MENGAPA HARUS BERBEKAM?

Berbekam adalah suatu proses membuang darah kotor (toksin/racun) yang berbahaya dari dalam tubuh badan melalui permukaan kulit. Toksin adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diurai oleh tubuh manusia. Darah kotor adalah darah yang mengandungi toksin/racun, atau lebih dikenali dengan darah beku yang menyumbat peredaran darah sehingga sistem peredaran darah tidak dapat berjalan dengan lancar. Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesihatan fizikal dan mental. Akibatnya kita sering terasa lesu, murung, resah, kurang sihat, mudah pitam dan sebagainya. Ditambah lagi dengan angin yang sukar dikeluarkan dari tubuh yang akan mengakibatkan penyakit-penyakit seperti angin ahmar (stroke), darah tinggi, kencing manis dan sakit jiwa.

Oleh itu, darah beku haruslah dikeluarkan dengan apa cara sekali pun. Namun kaedah perubatan allopathy (konvensional) tidak dapat bertindak demikian. Jadi, kita harus mencari kaedah perubatan yang dapat bertindak mengeluarkan darah beku tersebut agar tubuh badan tidak lemah dan mudah diserang pelbagai penyakit. Salah satu caranya adalah dengan berbekam.

Bekam merupakan kaedah paling unggul dan sangat berkesan untuk mengatasi pelbagai penyakit. Bekam merupakan rawatan pencegahan (Preventive Medicine) dan juga sangat efektif untuk rawatan penyembuhan (Curative Medicine). Ianya bukanlah perubatan alternatif, tetapi merupakan perubatan berdasarkan wahyu (sunnah Rasul), maka ia mempunyai satu hikmah yang luar biasa dari sisi khasiatnya, dan yang menyembuhkannya tetap adalah Allah SWT.

BEKAM, CARA PERUBATAN TERBAIK

Dari Jabir RA, bahawa ada seorang wanita Yahudi dari penduduk Khaibar memasukkan racun ke dalam daging domba yang dipanggang, lalu menghadiahkannya kepada Rasulullah SAW. Baginda mengambil bagian kaki dan memakan sebagian darinya. Beberapa orang sahabat yang bersamanya juga ikut memakannya. Sebagian sahabat yang terlanjur memakannya ada yang meninggal. Lalu Rasulullah SAW melakukan rawatan bekam di bahagian dahinya karana daging yang terlanjur dimakan oleh baginda. Sahabat yang merawatnya adalah Abu Hindun, dengan menggunakan tulang tanduk dan mata pisau.

Untuk mengekalkan kesihatan rohani dan jasmani, Rasulullah SAW mengajar berbagai teknik pengubatan atau terapi sebagaimana terdapat dalam Sahih Bukhari dari Said Ibnu Jabir RA dari Ibnu Abbas RA dari Nabi SAW, bahawa Rasululllah SAW bersabda: “Kesembuhan itu ada dalam tiga hal, iaitu dalam manisan madu, alat bekam atau sedutan api. Namun aku melarang umatku melakukan sedutan api.” Bahkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu amalkan adalah al-hijamah (bekam).” (Muttafaq ‘alaihi)

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah bekam.” (HR. Ibnu Majah, Abu Dawud)

HUKUM BERBEKAM

Imam Ghazali berpendapat, yang dinukilkan dalam kitab Tasyirul Fiqih lil Muslimil Mu’ashir oleh Dr. Yusuf Qardhawi: “Al-Hijamah adalah termasuk fardhu kifayah. Jika di suatu wilayah tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa. Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah kewajiban dari yang lain. Maksud saya, sebuah wilayah kadang-kadang memerlukan lebih dari seorang. Tapi yang terpenting adalah adanya jumlah yang mencukupi dan memenuhi keperluan yang diperlukan. Jika di sebuah wilayah tidak ada orang yang Muhtajib (ahli bekam), suatu kehancuran siap menghadang dan mereka akan sengsara karana menempatkan diri di ambang kehancuran. Ini kerana Zat yang menurunkan penyakit juga menurunkan ubatnya, dan memerintahkan untuk menggunakannnya serta berdakwah untuk melaksanakannya, maka dengan meremehkannya bererti sebuah kehancuran telah menghadang.”

``Jom... Cegah & Rawat Penyakit Dengan Berbekam``

Buat Temujanji

HADITH BERKAITAN BEKAM

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

HADITH KEUTAMAAN DAN MANFAAT BEKAM

“Sesungguhnya cara pengubatan paling baik yang kamu gunakan adalah berbekam.” (Muttafaq ‘alaihi, Sahih Bukhari (no. 2280) dan Sahih Muslim (no. 2214)

“Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah dengan berbekam.” (HR. Ahmad).

Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Sahihul Jaami’ (no. 2128) dan Silsilah al-Hadiith ash-Sahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)

Dari Ashim bin Umar bin Qatadah R.A., dia memberitahukan bahawa Jabir bin Abdullah R.A. pernah menjenguk al-Muqni’ R.A., dia bercerita: “Aku tidak sembuh sehingga aku berbekam, karana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Sesungguhnya terkandung didalamnya kesembuhan’.” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Ya’la, al-Hakim, al-Baihaqi)

Dari Uqbah bin Amir R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu ada pada alat bekam atau minum madu atau membakar bahagian yang sakit. Dan aku membenci pembakaran (sedutan api) dan tidak juga menyukainya.” (HR. Ahmad dalam Musnad-nya)

Dari Ibnu Umar R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Jika ada suatu kesembuhan pada ubat-ubat kamu maka hal itu ada pada alat bekam.” Baginda bersabda: “Atau tegukkan madu.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar,karya al-Haitsami)

Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: “Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya.” (HR. Tirmidzi, hasan gharib)

“Jika pada sesuatu yang kamu gunakan untuk berubat itu terdapat kebaikan, maka hal itu adalah berbekam (Sahih Sunan Ibnu Majah, karya Syaikh Al-Albani (II/259), Sahih Sunan Abu Dawud, karya Syaikh Al-Albani).

Dari Anas bin Malik R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Kamu harus berbekam dan menggunakan al-qusthul bahri.” (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad, dan an-Nasai dalam kitab as-Sunan al-Kubra)

“Semasa aku berjalan pada malam isra’ bersama para malaikat, mereka selalu berkata: Hai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam”. (HR Sunan Abu Daud, Ibnu Majah, Sahih Jami’us Shaghir)

Dari Anas R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Jika terjadi panas memuncak, maka ubatilah dengan bekam semoga tidak terjadi hipertensi (stroke) pada salah seorang diantara kamu yang akan membunuhnya’.” (diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak)

HADITH BERKAITAN KEADAAN KETIKA MELAKUKAN BEKAM DAN TITIK-TITIK BEKAMNYA

Dari Ibnu Abbas R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W berubat dengan berbekam ketika beliau sedang ihram.” (HR. Bukhari)

Dari Anas bin Malik R.A., berkata: “Nabi S.A.W. pernah berbekam ketika beliau tengah berihram karana rasa sakit di kepalanya.” (Sahih Ibnu Khuzaimah, karya al-A’zhami)

Dari Ibnu Abbas R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. berubat dengan berbekam ketika beliau sedang puasa.” (HR. Bukhari)

Dari Abdullah bin Buhainah R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. berbekam di bahagian tengah kepalanya sedang baginda tengah berihram kerana pening yang baginda rasakan.” (HR. Bukhari)

Dari Ibnu Umar R.A., berkata: “Nabi S.A.W. pernah berbekam di kepalanya dan menyebutnya sebagai Ummu Mughits.” (Kitab al-Fawaaid, dinilai hasan oleh al-Albani)

“Rasulullah S.A.W. bersabda: ‘Tidak batal puasa orang yang muntah atau orang yang bermimpi (basah) dan tidak juga orang yang berbekam’.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, sanad hasan oleh al-Albani)

Dari Jabir R.A., berkata: “Sesungguhnya Nabi S.A.W. jatuh dari kuda baginda dan menimpa batang pohon, sehingga kaki baginda patah. Waki’ R.A. berkata: ’Sesungguhnya Nabi S.A.W. berbekam di bahagian kaki yang terseradung’.” (Sahih Sunan Ibnu Majah, karya al-Albani)

Dari Jabir R.A.: “Nabi S.A.W. pernah berbekam kerana kaki baginda terseradung.” (Sahih Ibnu Khuzaimah)

Dari Anas bin Malik R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam di kedua urat merih (jugular vein) dan punggung bahagian atas.” (HR. Abu Dawud, disahihkan oleh al-Albani)

Dari Abu Kabsyah al-‘Anmari R.A.: “Rasulullah S.A.W. pernah dibekam dibahagian tengah kepalanya dan dipangkal punggungnya. Dan baginda bersabda: ‘Barangsiapa mengalirkan darah ini, maka tidak akan mudarat baginya untuk mengubati sesuatu dengan sesuatu’.” (Sahih Sunan Abu Dawud (no. 3268), lihat juga kitab Jaami’ul Ushuul)

Disebutkan oleh Abu Nu’aim di dalam kitab ath-Thibbun Nabawi, sebuah hadith marfu’: “Kamu harus berbekam di jauzatil qamahduwah, kerana sesungguhnya ia dapat menyembuhkan dari 5 penyakit.” Beliau menyebutkan diantaranya adalah kusta.

HADITH BERKAITAN TARIKH UNTUK BERBEKAM

Dari Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani)

Dari Ibnu Abbas R.A., ia berkata: “Rasulullah S.A.W. bersabda: “Berbekamlah pada hari ke-17 dan ke-21, sehingga darah tidak akan mengalami hipertensi yang dapat membunuh kamu.” (Kitab Kasyful Astaar ‘an Zawaa-idil Bazar, karya al-Haitsami)

Catatan:

Al-Khallal berkata: “Aku diberitahu Ishmah bin Isham, dia berkata: Aku diberitahu Hambal, dia berkata: ‘Abu Abdullah Ahmad bin Hambal biasa melakukan bekam pada bila-bila masa ketika darah tidak normal dan tidak kira waktunya’.”

Dari beberapa hadith di atas dapat disimpulkan bahwa Nabi S.A.W. biasa melakukan bekam ketika sakit, tanpa harus melihat bila waktunya, tanpa perlu menunggu hingga tiba waktu tertentu.

HADITH BERKAITAN HALALNYA UPAH BAGI PEMBEKAM (HAJJAM)

Dari Ibnu Abbas R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam di kedua urat merih dan di bahagian antara kedua pundak yang merupakan pangkal punggung. Lalu baginda memberikan upah kepada pembekam. Seandainya upah bekam itu haram, pastilah baginda S.A.W. tidak memberinya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)

Dari Rafi’ bin Khadij R.A., Rasulullah S.A.W. bersabda: “Apa yang didapatkan oleh seorang pembekam, maka sebaiknya upah itu diberikan sebagai makanan untuk binatang ternak.” (HR. Ahmad, ath-Thabrani, Abu Dawud, at-Tirmidzi)

Dari Ibnu Umar R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah mengundang seorang tukang bekam lalu dia membekam baginda S.A.W.. Setelah selesai, baginda bertanya kepadanya: ‘Berapa pajakmu?’ Dia menjawab: ‘Tiga sha’.’ Lalu baginda menawarkan satu sha’ dari pajaknya, kemudian baginda memberikan upahnya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)

Dari Ali R.A.: “Bahawa Nabi S.A.W. pernah berbekam dan menyuruhku untuk memberi tukang bekam upahnya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtishar oleh Imam al-Albani)

Dari Anas bin Malik R.A., berkata: “Rasulullah S.A.W. pernah berbekam, baginda dibekam oleh Abu Thayyibah R.A. Lalu beliau menyuruh seseorang untuk memberikan dua sha’ bahan makanan kepadanya. Baginda memberitahu keluarganya, lalu mereka menghapuskan pajaknya.” (Kitab Mukhtashar asy Syamaa-ilil Muhammadiyah, tahqiq dan ikhtisar oleh Imam al-Albani)

Catatan:

Tirmidzi meriwayatkan dalam Sunan-nya dari ‘Ikrimah R.A.: “Ibnu Abbas R.A. memiliki tiga orang budak yang ahli bekam. Dua orang diantaranya dijadikan untuk sumber penghasilan dirinya dan keluarganya, sedangkan yang satu orang lagi khusus membekam dirinya dan keluarganya.” (Ath-Thibb, 1978, hasan ghorib)

GALERI

TESTIMONI PESAKIT

Meet our customer. Each and every one of our team represent the spirit of our company.

"Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco."

Glennis Mars

Cancer specialist

testimonial

"Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco."

Milan Tabon

Cardiologist

testimonial

"Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco.."

Noble Deeb

Neurologist

testimonial

Hubungi Kami

Waktu Rawatan

Sila buat temujanji terlebih dahulu sebelum mengunjungi pusat rawatan kami supaya anda tidak perlu menunggu lama sebelum membuat rawatan.

  • 10am - 10pm

    Isnin, Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad

  • Tutup

    Rabu dan Jumaat

Kadar Bayaran Rawatan Bekam Inovatif

Tertakluk kepada bilangan tempat atau 'cup' yang di bekam. Satu cup RM5. Contohnya untuk migrain hanya RM30, manakala ghout RM150-RM200 kerana perlu dibekam rapat-rapat di setiap sendi. Untuk Pakej 'Full Body', lebih kurang 30 Cups hanya RM150.